Thursday, December 25, 2008

permata hatiku


ini anak yang bungsu waktu ini lah.baru berusia 5 tahun.dah sekolah tadika kemas. dah pandai membaca dan mengira.sentiasa riang dan gembira selalu. anak2 seusia dia memang macam tu tiada apa2 masalah baginya.sebagai ibu memang inginkan yang terbaik buat mereka.

Monday, December 1, 2008

kerjaya yang mencabar

bertugas sebagai seorang pengasuh,penjaga dan pelindung kepada insan istimewa memerlukan kesabaran dan ketabahan.hampir 29 tahun aku berkhidmat dengan jabatan kebajikan masyarakat malaysia.2tahun dijohor baharu dan sekarang dikuala terengganu.aku tak pernah merasa jemu dengan tugas yang diamanahkan.disamping mendapat gaji dan membantu keluarga aku dapat juga berbakti dan membantu insan2 yang sememangnya terlalu istimewa. aku dipanggil mama dikalangan anak2 itu. ada kalanya anak2 sendiri cemburu dengan mereka. tapi kini anak2ku sudah besar dan mereka mengerti akan tugasku dan selalu memberi aku semangat dan dorongan agar aku tabah, insyakaallah berkat doa dan sokongan keluarga aku dapat anugerah khidmat cemerlang sebanyak 2 kali, dan calun anugerah mayang seri endon. tapi hanya mewakili negeri terengganu saja.apa pun aku benar2 bersyukur dengan apa yang aku dapat sekarang. dengan berbekalkan sijil berhenti sekolah darjah 5 dan doa seorang ibu berjaya dan

keluarga adalah cahaya kebahagianku


setiap insan inginkan keluarga bahagia,begitu juga aku yang kini mempunyai 4 orang puteri. suami bertugas diunit sukan teras. anak sulung sedang belajar di upm serdang, yang kedua kolej komuniti, ketiga sedang tunggu pmr dan yang bungsu sementara baru 4 tahun.sebagai seorang ibu yang telah banyak melalui perbagai onak dan duri kehidupan,setiap waktu berdoa agar anak2 akan berjaya dunia dan akhirat.hanya kesabaran yang menjadi kunci segala kesusahan. anak jualah menjadi kekuatan seorang ibu.sebab itulah syurga dibawah tapak kaki ibu.aku ingin sekuat ibuku,dan aku harap anak2ku akan lebih2 lagi hendaknya. dalam menempuh kehidupan masa kini yang serba canggih ini.

bonda tercinta


harapan dan doaku semoga aku kuat dan tabah sepertimu.. setiap pengorbanan dan segala usahamu aku jadikan pegangan dalam menempuh hidup ini. sehingga kini kau dapat membesarkan 12 orang anak dengan sempurna.sebagai anak yang sulung aku harus melaksanakan tugasan seperti ibu diusia terlalu muda,dimana waktu itu anak2 lain melangkah kesekolah menengah.namun pengorbananku masih tak dapat membalas jasamu...